mpkk

mpkk

Program Khatan Perdana, Masjid Jamek Kg. Tengah, Kluang.

Tarikh : 8 Disember 2018
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Kampung Tengah, Kluang

Pada 8 Disember 2018, Majlis Program Berkhatan Kelompok Perdana Anjuran Masjid Kampung Tengah dengan kerjasama MPKK, KRT, MKM, Badan Badan NGO Kampung Tengah sempena cuti sekolah 2018.
Seramai 20 orang peserta telah menyertai majlis ini dikalangan Penduduk Kampung Tengah dan sekitar.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 2 Batalion Ubat Kem Mahkota Kluang,
Mej (Dr) Zamri Bin Derahman dan turut hadir sama Haji Noordin Bin Haji Jaafar, Pengerusi Masjid Kampung Tengah, Kluang.
Agensi lain yang terlibat majlis ini adalah daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kluang, MPKK, KRT, MKM, Badan Badan NGO Kampung Tengah.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menghidupkan dan mempertingkatkan Syiar Islam di kalangan warga KAMPUNG TENGAH. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasai suasana meriah dan keterujaan sebelum dikhatankan disamping menyediakan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KAMPUNG TENGAH.

Acara dimulakan dengan kanak-kanak yang menyertai program ini diarak dari perkarangan masjid kampung Tengah ke Dewan Kampung Tengah sambil diiringi oleh paluan kompang. Kanak-kanak ini seterusnya disiram beramai-ramai oleh Pasukan Bomba daerah Kluang.


PENDAFTARAN




PEMERIKSAAN KESIHATAN












MENUNGGU KETIBAAN DIF DIF JEMPUTAN UNTUK BERARAK














PERARAKAN DARI MASJID KAMPUNG TENGAH SEHINGGA DEWAN KAMPUNG TENGAH






PERASMIAN MAJLIS DAN PENERANGAN




















































JAMUAN























Ucapan setinggi-tinggi penghargaan  dan terima aksih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sekian, Terima Kasih.

No comments