Ramai penduduk menyertainya bagi memeriahkan pelbagai aktiviti yang disediakan pada hari itu seperti pertandingan mewarna, perang belon, kupas kulit limau, musang berjanggut, kepit buah limau, runway suratkhabar, masuk air dalam botol, tarik tali dan pelbagai lagi sukan lain melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat juga persembahan silat dan taekwando oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah.
Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran ketua cawangan KPDNHEP Kluang, Encik Mohd Zulazre Bin Mokeri yang meluangkan masa bersama penduduk menyampaikan ceramah tentang kepenggunanan.
Aktiviti tersebut dianjurkan oleh KPDNKK dengan kerjasama MPKK Kampung Tengah selain mendapat soko­ngan daripada pelbagai pihak.
Ketua Kampung Tengah berkata, aktiviti tahunan itu mampu menjadi landasan terbaik kepada penduduk bagi mengeratkan hubungan sesama mereka melalui semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam menjayakan program berkenaan.
Program santai itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukaneka selain pengisian lain kepada semua peserta yang terdiri daripada setiap peringkat umur khususnya kanak-kanak.
“Melalui program seperti ini, kita dapat berkumpul bersama melibatkan seluruh penduduk kampung. Kita akan meneruskan aktiviti seperti ini pada masa-masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Tambahnya, pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada para pemenang setiap acara sukaneka tersebut selain cenderamata untuk semua penduduk serta hadiah cabutan bertuah.