MAJLIS SELAWAT KAMILAH 4444
MAJLIS SELAWAT KAMILAH 4444
Tarikh : 21 Februari 2020
27 Jamadil Akhir 1441 H (Jumaat)
Masa : 7.00 petang - 10.00 malam
Tempat : MASJID JAMEK KG. TENGAH
KLUANG , JUMAAT 21 Februari. Majlis perasmian Selawat Kamilah 4444 dan bacaan surah Al-Mulk, yang diadakan di Masjid Kampung Tengah pada malam ini , berjaya menarik kehadiran kira-kira 1020 orang jemaah yang datangnya dari penduduk Kampung Tengah dan penduduk sekitar kampung tengah. Masjid Kampung Tengah adah "lokasi " yang ke-92 Majlis Perasmian Salawat Kamilah 4444 dan bacaan surah Al-Mulk masjid-masjid negeri Johor.
Seawal jam 6.30 petang penduduk sekitar tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengimrahkan masjid dengan aktiviti kerohanian ini yang . Selesai solat Maghirb didirikan Solat Hajat secara
berjemaah bagi memohon keselamatan dan kesejahtaraan khusus ke atas penduduk kariah Masjid Kampung Tengah dan negeri Johor amnya.
Acara diteruskan dengan ucapan pengacara bertugas mempengerusikan majlis, dengan memberi
laluan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Masjid Kampung Tengah Tn. Hj. Nordin bin Jaafar.
Kemudian diikuti dengan tazkirah bacaan salawat Kamilah beramai-ramai.
Penerangan secara terperinci mengenai rahsia 4444 oleh penceramah Dr Azman mengingatkan
para jemaah mengenai umat Islam yang merupakan umat yang pertengahan. Ceramah berhenti
sebentar untuk memberikan laluan kepada berkumandangnya azan Isya yang disampiakah oleh
saudara Amir Hamka.
Setelah selesai solat Isya, program bacaan surah Al Mulk dijalankan. Diikuti dengan bacaan doa . Acara pengagihan bantuan kepada fakir miskin dan asnaf di kalangan pendudukn Kampung Tengah , diikuti dengan pemberian cenderamata kepada keuda-dua belah pihak iaitu penganjur dan tuan rumah program Salawat Kamilah pada kali ini.
Seterusnya para dif-dif jemputan dan jemaah yang hadir dijamu dengan hidangan nasi beryani yang dihidangkan di dalam dulang oleh ketua tukang masak Tn Haji Johar bin Suib dan ahli jawatankuasa yang lain.
Alhamdulillah semua yang hadir dapat sama-sama menikmati rezeki yang dikurniakan Allah ini. Majlis berakhir kira-kira jam 10. 15 malam.
Post a Comment