Bahaya Menanti Setiap Kali Hujan Lebat

Kampung Tengah Kluang, 30 Mei. Sejak akhir-akhir ini cuaca hujan yang biasa berlaku pada waktu petang meresahkan penduduk di Lorong Md Sari khususnya. Ini kerana kawasan tapak projek perumahan bersebelahan kampung seringkali akan melepaskan air lumpur melintasi jalan raya yang menjadi laluan penduduk kampung dan taman-taman perumahan berhampiran.

Tinjauan penulis ketika melalui jalan tersebut kira-kira jam 3.46 petang tadi, mendapati air lumpur yang melintas menyeberang jalan raya dengan keadaan agak deras. Oleh kerana khuatir berlaku perkara tidak diingini penulis berpatah balik dan melalui jalan lain. Harapan kami penduduk di sini agar pihak berkuasa yang dipertanggung jawabkan dapat bertindak sewajarnya dan secepat mungkin.

Aryadi Katiman melaporkan untuk blog Kampung Tengah.






Kawasan Tapak Projek Perumahan
bersebelahan Lorong Md Sari yang menjadi punca
air lumpur melintasi jalan raya kampung)
Kawasan Tapak Projek Perumahan
Kawasan Tapak Projek Perumahan
Kawasan Tapak Projek Perumahan
(Tiada Longkang yang dapat mengalirkan air
hujan menjadikan jalan raya digenangi air) 
Kawasan Tapak Projek Perumahan
(Pagar Kelihatan Tumbang dan Tidak Dibetulkan)

No comments